Apa Beza Antara Sayang, Minat, Suka, dan Cinta?

by Our Awesome Reader :)


Maka terjadilah satu perbualan telefon antara aku dan seorang manusia yang sangat aku hormati, aku bertanya, " Apa beza antara sayang, minat, suka dan cinta?"

Beliau diam sekejap.

"Sayang tu, macam kau dengan aku. Itu sayang. Bila sama-sama saling membantu untuk ke syurga Dia dan berusaha untuk jauhi neraka Dia."

Masih tak ada balasan dari aku.

"Sayang juga macam kita dengan duit. Kita ada duit RM100 sehelai, kita sayang nak pecahkan duit tu."

Aku mengiyakan.

Beliau sambung kepada definisi kedua.

"Minat tu macam perasaan peminat-peminat aku kepada aku. Haha."

Beliau gelak paling awkward. "Ok, joking. Minat ni macam kita suka dia tapi kita tak adalah sanggup mati demi mempertahankan benda tu. Contohnya, kau minat course akaun tapi kau tahu sekarang ni kauu tengah buat dentistry. Minat kau kepada akaun tu kau jadikan dia sebagai hobi. Tak adalah sampai level tak lalu makan, tak lalu minum sebab tak dapat course akaun. Kau masih go well dengan dentistry."

Aku mengiyakan dalam nada yang perlahan.

"Suka tu macam hubungan antara aku dengan makanan."

"Hah?"

"Makanan?" Tanya aku lagi.

"Err...ya."

"Itu bukan kau sorang."

Dan kami tertawa.

"Terakhir, cinta. Cinta ni boleh disimpulkan sebagai peluang. Kalau manusia ada limitnya, paling hebat pun kalau  diberi peluang kedua. Jarang-jarang dapat peluang ketiga.

Jadi cinta ni macam bila Allah masih bagi kita peluang untuk hidup lagi walaupun kita dah banyak sangat buat dosa dan masih berterusan buat dosa. Allah masih bagi dua peluang besar. Peluang untuk hidup dan peluang untuk bertaubat."

"Ada lagi nak tambah?" Beliau tanya aku.

"Takda." Jawapan aku sepatah.

"Ni aku nak tambah lagi sikit."

"Cinta ni juga boleh jadi macam mak ayah. Mak kita selalu kata dia dah kenyang walaupun dia tak, semata-mata nak tengok anak dia kenyang, anak dia dapat makan makanan yang sedap.

Juga macam ayah, kita selalu nampak ayah ni sebagai satu entiti 'pengeluar duit', tanpa sedar pengorbanan ayah tu satu bukti cinta. Sebab cuma dengan cinta yang besar, manusia mampu buang rasa cinta yang lebih kecil.

Macam kita, kalau ada orang suruh kita fokus pada kerja dan beri duit kepada orang lain, capai matlamat hidup sungguh-sungguh.

Sedangkan kita tahu, perit jerih kerja kita, kita kena bagi orang sikit. Belikan itu ini untuk orang lain. Sedangkan ayah adalah makhluk yang orang tak berapa pandang, walaupun pengorbanan dan jasa diorang ni pun sangat besar. Korbankan sesuatu yang kita cinta demi bahagiakan siapa yang kita cinta. Itu bukti cintanya."

"Nice." Balas aku.

Sejurus itu aku pun terus memanggil adik aku untuk mewakilkan aku menepuk tangan. Almaklumlah, tangan sebelah kiri aku sedang memegang telefon, bagaimana aku mahu menepuk tangan sebagai tanda penghargaan kepadanya. Hehe.

Comments

Popular Posts