Apa Beza Antara Sayang, Minat, Suka, dan Cinta?

by Alya Aula


Beza semua tu sebenarnya, sebab dia adalah level dimana perasaan itu sendiri diletakkan.

Lepas berfikir sejenak, baru aku sedar, bagaimana lainnya maksud bagi setiap satu daripadanya.

Sayang, sayang itu sepertimana engkau menyayangi dirimu, begitu juga engkau mampu menyayangi orang lain. Sebagaimana engkau mahukan yang terbaik untuk dirimu, begitu juga engkau mahu dia mendapat selayaknya seperti diri kamu sendiri. Macam kita sukakan benda yang baik, maka kita juga akan suka bilamana kawan kita juga mendapat kebaikan itu seperti diri kita 😇.
Seperti yang tercatat dalam hadis yang ke-13 dalam hadis 40:  
عَنْ أَبِي حَمْزَةَ أَنَس بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ، خَادِمِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : لاَ يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ لأَخِيْهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ
[رواه البخاري ومسلم]
Tidak beriman salah seorang di antara kamu hingga dia mencintai untuk saudaranya apa yang dia cintai untuk dirinya sendiri. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Minat, minat ni sebenarnya bercambah bilamana kita dah kenal dan tahu peribadi seseorang. Macam mana? Bila kita mula kenal peribadi dia dan kita nampak apa kelebihan dan kekurangan dia. Biasanya minat ni terjadi sebab kita sendiri tak ada sifat atau peribadi tersebut yang menyebabkan kita seakan "admire" karakter seseorang. Sebab kita sebagai manusia yang ada kekurangan, kita memang akan ada perasaan "admire" seseorang. Tapi sebenarnya kita admire karakter dia, sifat dia, perangai dia yang kita pun boleh jadikan sebagai contoh yang baik untuk diikuti. Orang yang suka makan mesti "admire" orang yang suka masak kan? vice versa.

Suka, suka ni rasanya level paling rendah atau paling surface level dia kalau nak dibandingkan dengan kesemuanya. Sebab apa? Sebabnya, suka ni biasanya disebabkan sifat luaran dia. Benda yang kita akan nampak terus memandangkan memang fitrah manusia sukakan kecantikan. Nak senang faham rasa dia macam mana adalah sama macam perempuan tengok jambangan bunga, memandangkan perempuan majoritinya suka bunga. Bunga kan cantik? ☺ perasaan suka tu macam tu la, bila kita melihat benda yang kita suka itu basically sebab kita sukakan luaran dia. Sebab tu sifat suka ni surface sangat, macam "judge a book by its cover " kan? Tapi tu la hakikat rasa suka, rasanya la. Tapi kena ingat, rasa suka tu berbeza sangat dengan rasa cinta. Kadang orang susah nak differentiate sama ada dia suka atau cintakan seseorang. Boleh jadi kita suka dia sebab dia ada rupa, tapi kita betul ke cintakan dia? Nak tahu maksud cinta? Nanti dah tahu, fikirkan semula beza keduanya ya.

Yang terakhir adalah cinta. Cinta ni adalah perasaan yang paling tinggi tingkatan dia kalau nak dibandingkan dengan perasaan yang lain. Sebab apa? Sebabnya, bilamana kita rasa cinta, kita mungkin bermula daripada rasa suka kalau jenis tengok luaran, kalau jenis tengok karakter mungkin akan bermula dengan rasa minat. Tetapi yang sebenarnya perlu dilihat bagaimana keadaan agamanya,manifestasi imannya sebagai seorang hamba Allah juga, sebab itu yang paling utama, kerana yang penting, kita berdua saling memperbaik diri untuk redha Allah sendiri.

Kemudian akan adanya sayang dan akhir sekali cinta. Cinta itu sendiri merangkupi semua ruang lingkup perasaan ini tadi tetapi perlu berpaksikan cinta kepada-Nya. Kerana apa? Kerana kita manusia ☺ manusia tidak pernah ada yang sempurna. Bilamana kita cinta kerana Allah, cinta kita itu tadi, akan kekal utuh kerana mencari redha-Nya.Kemudian baru akan terlengkap sudah perasaan lain yang datang seiring sebelum bermulanya rasa cinta itu tadi. Sayang dalam menjaga diri dia sepertimana kita menjaga diri kita agar sentiasa mencari redha Allah, minat akan kekurangan dan kelebihan dirinya sepertimana kita sendiri yang mempunyai kekurangan dan sentiasa berusaha memperbaik diri kerana mencari redha Allah, suka dirinya sepertimana kita sukakan cerminan diri kita sebagai seorang hamba Allah yang mencari redha-Nya ☺

Sebab hakikatnya kita manusia, yang sememangnya dijadikan untuk beribadah kepada Allah. Cinta kepada Allah akan menjadi paksi dalam meletakkan perkara dunia ditangan, dan sentiasa meletakkan akhirat dihati. Sebab cinta Allah itu hakiki 😇 cinta yang tidak memerlukan kita melihat zatnya untuk merasa cinta itu adalah sebenarnya cinta, yang tidak akan pernah dapat digambarkan sementara masih hidup didunia dan hanya akan dapat jika hidup berpandukan syariatnya. 😇 Semoga cintakan Allah itu lebih daripada dunia dan seisinya, insya-Allah.

Comments

Popular Posts