Why Do We Read? (Expert's View)

by Zan Zarida


Kenapa orang membaca novel?

1) Kerana ingin tahu apa yang dialami oleh orang lain.

2) Ingin merasai pengalaman baharu dan ingin tahu sesuatu jawapan

3) Ingin tahu bagaimana orang lain bertindak

4) Ingin mencari hiburan dan menghilangkan kebosanan.

5) Mengisi masa lapang.

6) Pembaca juga mahukan rasa tertawa, takut, sedih, geram, panasaran, tercekam, tersentuh dan senang hati ketika membaca.

Maka penulis perlu menghasilkan karya yang bermutu, bagus dan dihormati. Perlu hasilkan karya yang unik dan berbeza dengan trend semasa. Letakkan ilmu penulisan dan batas agama sebagai pelindung supaya isinya tetap manis, terjaga, ada kredibiliti, ada hijab. Jika ‘buah’ kita rosak, bukan salah orang lain.

*Zan Zarida merupakan penulis yang berasal dari Gopeng, Perak. Beliau memulakan pendidikan di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina, New Kopisan. Kemudian bersekolah menengah di Sekolah Menengah Idris Shah, Gopeng. Seterusnya melanjutkan pelajaran dalam bidang pertanian di Universiti Putra Malaysia.

Sebelum terlibat dalam bidang penulisan, beliau pernah bekerja dalam bidang landskap lebih 15 tahun dengan syarikat kontraktor, perunding landskap dan juga pemaju. Beliau juga terlibat secara langsung ketika pembinaan Boulevard Putrajaya.

Sebagai penulis separuh masa, Zan Zarida bukan asing lagi kepada peminat novel Alaf 21. Karya penulisan beliau biasanya bertemakan kekeluargaan dan bergenre romantik komedi. Walaupun bersifat santai, pada masa yang sama tetap terselit mesej dan ilmu yang berguna untuk dikongsikan dengan pembaca.

Sehingga ke hari ini, Zan Zarida telah menghasilkan lima buah novel iaitu Alahai Mat Salih, Aduhai Bos Bertuah, Mas Kahwinku RM22.50, Saya Cup Hati Awak dan Kekasihku Jangan Marah dan ‘Dia’ My Love.

Comments

Popular Posts