Angan-angan vs Realiti

by Nurul Husna


Semalam, saya naikkan satu status di whatsapp story dan instagram ala-ala
"Alhamdulillah. Husna kahwin hari ini!"

Ramai kawan-kawan terkejut dengan status tu. Tak kurang juga yang mendoakan "Barakallahu lakuma kak Husna!"

Tersengih sampai telinga saya baca. Haha. Boleh saya katakan - semalam adalah hari paling ramai orang mesej. Sampai harini baru selesai balas semua mesej. Sibuk macam pengantin baru konon.


Sebenarnya status itu saya tulis selepas pulang dari kenduri. Kebetulan nama pengantinnya Husna. Bunga-bunga sekejaplah hati saya. Hehe.


Hanya satu yang saya fikir ketika membaca mesej-mesej kalian..
"Alangkah baiknya jika doa yang saya terima hari ini merupakan doa yang berterusan hingga saya telah tiada di dunia ini"


Semakin banyak saya bergaul dengan orang tua, semakin saya mengerti mengapa mereka memandang kehidupan dengan kaca mata akhirat.

Pernah seorang atuk sembang santai dengan saya :
"Kawan-kawan atuk semua dah meninggal, tinggal atuk je hidup lagi.."

Allahu, sentap betul atuk ni.


Biasanya bila bersama orang muda, rata-rata akan bergurau :
"Kawan-kawan aku ramai dah kahwin, tinggal aku je belum. Huhu"


Hakikatnya, aku kahwin atau tak kahwin, aku pasti akan mati. Mungkin jodoh ajal itu datang dulu, mungkin juga jodoh pasangan hidup datang dulu.


Di sebelah petang, Allah pertemukan saya dengan seorang pakcik. Wajahnya berseri-seri ketika bercakap dengan saya. Di hujung pertemuan, pakcik itu kongsikan tanda-tanda kematian yang Allah beri kepadanya. Meremang bulu roma saya waktu tu.

"Ini semua kerja Allah. Banyakkan solat malam. Banyakkan doa. Pakcik bahagia dengan kehidupan pakcik harini"


Entah mengapa, jiwa saya sebak sangat hingga menitislah air mata. Saya mengganggap apa yang berlaku semalam benar-benar teguran dari Allah.


"Dialah (Allah) yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat)" 
(Surah Al Mulk : 2)


Allah mencipta hidup dan mati. Dan mati itu pintu gerbang hidup yang abadi.

Melalui perkahwinan, membiaklah kehidupan. Melalui kematian, terhentilah nafas seorang insan.


Semoga kita semua dikurniakan kematian yang menghidupkan. Mati dalam iman dan meraih pandangan Allah ArRahman.

Comments

Popular Posts