Inspirasi

by Puteri Arisha


"Jika kau tidak mampu menjadi sumber inspirasi kepada manusia lain, janganlah kau jadi punca depresi mereka."


To me inspiration means like something yang membuatkan kita terus mengharungi segala cabaran dalam kehidupan.. inspiration ni mcam semangat lah untuk sesiapa saja yang rasa dulu dia tak boleh buat, then bila adanya sumber inspirasi dari segi kata-kata, semangat, sokongan dorongan yang diberi akhirnya dia yang " tak boleh" tu menjadi seorang yang yakin dalam setiap aspek..

Semua manusia memerlukan inspirasi sebenarnya.

Dan salah satu inspirasi yang sentiasa buat saya kuat adalah inspirasi dari Yang Esa yakni Al Quran.

Saya sentiasa pesan pada diri saya, "Jika kau tidak mampu menjadi sumber inspirasi kepada manusia lain, janganlah kau jadi punca depresi mereka.."

Kita nampak hebat bukan kerana penghormatan manusia, tetapi kerana Allah SWT sudah menutup aib kita.

Kadang-kadang kita tak sangka bahawa pemikiran kita, kelakuan, tindakan kita serta kata-kata yang keluar dari mulut kita, ataupun apa yang kita tulis di laman socmed, kita rasa benda tu kecil dan sedikit, tapi bagi orang lain ia merupakan penguat semangat dan kekuatan buat mereka..

Comments

Popular Posts