Beza

by Rasidda Norazmi




“Jat, asal nampak penat je kau? Masam je muka tu?” ujar Hafiz lantas meneguk kopi yang baru dibancuhnya tadi.

Amjad melabuhkan punggungnya ke birai katil di bilik Hafiz. Dia meletakkan begnya di sisi katil dan tersenyum.

“Biasalah, penat sikit. Aku ada hal tadi kejap.”

Hafiz meletakkan cawannya ke atas meja dan membetulkan duduknya di atas kerusi belajarnya.
“Kau tak penat ke? Ke sana sini. Sebelum midterm pun busy, lepas midterm pun busy. Meeting sana sini. Aku bukan apa, tengok kau pun study midterm hari itu macam last minute, aku tak naklah kau abaikan perkara yang kau patut utamakan. “nasihat Hafiz. Banyak kali juga dia terfikir patut atau tidak diteruskan niatnya untuk menegur sahabatnya itu. Takut lain pula jadinya, tali persahabatan mereka mungkin menjadi taruhan.

Amjad tersenyum. Terdetik rasa terharu dalam hatinya kerana memiliki sahabat yang sudi menasihatkan dia sebegitu. Memang diakui silap dia, terlepas pandang deadline midterm yang menjelma. Rasa menyesal mula menerpa. Ini bukan aku yang dulu,itu sahaja yang mampu diucapkan di dalam hati.

“Caring betul kau dengan aku kan. Terima kasihlah sudi nasihat aku. Satu benda je aku boleh cakap. Mungkin ada ketika aku akan terjatuh, tapi percayalah, kawan kau ni akan selalu bangun balik. Aku takkan terus biar diri aku tersungkur.” Dia mengukir lagi senyumnya dan berkira hendak bangun dan mengambil begnya.

Dia melangkah ke arah Hafiz yang kelihatan serba salah. Ditepuk lembut bahu sahabatnya.
“Kau akan faham nanti.”

Amjad melangkah keluar dan berpaling.

“Aku ingat pesanan kau. Thanks mate! Nanti nak dinner, ajak aku sekali.”

Hafiz mengangguk dan menyandarkan dirinya. Berkerut dahinya menghadam kata kata sahabatnya tadi.

Ini jalan yang aku pilih. Aku bukan macam orang lain. Ada bakat yang istimewa yang orang boleh pandang. Aku tak ada apa apa. Kalau aku tak keluar dari kepompong aku, aku takkan belajar benda baru. Aku takkan jumpa orang baru. Memang aku tersilap tak utamakan perkara yang paling utama. Aku sendiri sedar, ini bukan aku yang dulu. Sekarang aku banyak ambil mudah dengan semua benda.
Apa yang aku fikir ialah, aku enjoy dengan apa yang aku buat. Baik dalam belajar atau dalam program, aku percaya bila aku suka dengan apa yang aku buat, aku boleh settlekan semua benda sesusah mana pun. Pada aku, aku dah cuba yang terbaik dalam segalanya. Cuma mungkin bukan yang paling maximum yang aku boleh beri.

Dalam hidup aku, banyak tanggungjawab yang aku kena galas, banyak harapan yang aku kena lunaskan. Aku sedar bila aku dah graduate nanti, bukan semata mata sijil atau cgpa yang akan aku pamerkan ke mata masyarakat. Sesuatu lebih dari itu, mungkin hanya aku yang faham.
Allah tahu apa yang aku rasa. Allah tahu betapa penatnya aku. Allah tahu betapa aku nak putus asa dari segalanya. Tapi aku sendiri terpaksa. Dalam menjadikan diri aku sendiri seorang manusia, manusia yang perlu belajar hidup dengan dunia luar nanti, aku kena bermula dari sekarang. Macam yang aku cakap, aku bukan macam orang lain. Aku berbeza,ya aku tahu itu. Dan dalam mencari perbezaan itu, aku kena lebih mengenal diri aku.

Ini cara aku, mungkin cara kau lain. Yang aku pasti, cara kita berbeza.


Amjad memulaskan tombolnya pintunya. Dia mengukir senyum. Welcome back, the old version of Amjad!

Comments

Popular Posts