Nobody but Me

by Miss Anonymous

"I am only one, but I am one.
I cannot do everything, but I can do something.
And I will not let what I cannot do interfere with what I can do."
-Edward Everett Hale-

Sedang aku sibuk mendengar lagu Terbang Tunduk nyanyian Fynn Jamal, tiba-tiba aku teringat satu masa dulu semasa aku menghadiri kursus Motivasi Alihan Pelajar yang dikendalikan oleh ‘team’ Dr. Tengku Asmadi. Masih segar bayangan wajah salah seorang cikgu yang bertanggungjawab memberi pengisian kepada para peserta dalam slotnya. Frasa pendek tapi cukup bermakna yang diajarnya kepada kami: ‘So what?’

Ringkas. Pendek. Namun cukup luas definisinya.

Apa makna ‘so what’ itu?

Hendak dipendekkan cerita, dalam slot cikgu yang dimaksudkan itu, kami diajar untuk menerima diri sendiri.

 Lagi sekali, menerima diri sendiri. Yup.

Dalam dunia ini, sememangnya menjadi lumrah bahawa ada sesetengah manusia akan suka pada kita, dan ada juga sesetangahnya yang dilihat kurang menyukai kita. Adakalanya kita terlalu sibuk memikirkan apa yang difikirkan orang tentang diri kita, apa yang dikatakan orang tentang kita. Pada dasarnya kita lebih selesa berdiam diri dan terus berada ditakuk lama hanya kerana perasaan takut akan penerimaan sekeliling terhadap diri kita.

Namun hakikatnya: ‘What others say about you has nothing to do with you.’

Setiap satu daripada kita ada keunikan dan fungsi sendiri atas kenapa kita diciptakan. Semuanya Allah dah tentukan dan tetapkan siapa kita.  Walau apa yang dikatakan tentang kita, hakikatnya kita dan Dia lebih tahu. Kita yang sentiasa ada untuk dari kita, kan? Sudah tentu, Dia juga sentiasa ada dengan kita.

Penerimaan terhadap diri sendiri boleh dikatakan antara perkara yang paling berharga seseorang itu lakukan terhadap dirinya sendiri.

“We cannot rise higher than our thought of ourselves.”
-Orison Swett Marden-

Kita dikatakan kurang cantik?
‘So what?!’

Kita dikatakan kurang bijak?
 ‘So what?!’

Tanamkan satu sistem kepercayaan dalam diri bahawa:
‘Aku adalah aku dan aku terima siapa aku’.

Tatkala kita positifkan minda sebegitu, percaya atau tidak, kita sebenarnya sedang membuka laluan untuk kita lihat setiap potensi dan peluang yang ada dalam diri kerana kita lebih kenal siapa dan bagaimana kita. Ruang penambahbaikan dan keyakinan juga semakin luas apabila kita terima dan kenal setiap kelemahan dan kekuatan yang kita ada.

Kata uncle Albert Einstein, “I am thankful to those who said no to me. It is because of them I did it myself."

Yes, it is a common reminder to others that; Don’t judge a book by its cover, right? However simply remind ourselves too that we should show our best cover to people so that people won’t misjudge us so easily.

Next, how can we change people’s views?

We can change people’s perspectives to us by start improving ourselves. Hehe.

 Kita tahu dan percaya bahawa kita boleh lakukan sesuatu yang kita inginkan, dan semuanya bermula dengan satu usaha.

Iaitu menerima diri sendiri.

;)

Comments

Popular Posts